Hina Polis Di Facebook, Wanita Ditahan Polis & Direman

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Bengang dengan anggota polis yang menasihatinya supaya pulang ke rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, Kedah 9 malam tadi, wanita berusia 20 tahun menghina polis melalui Facebook miliknya.

BACA : Hina Polis Sebagai Anjing, Tukang Masak Ditahan Polis

Menerusi Facebook pemilik bernama Sahira Eyraa itu, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu dia memuat naik status menghina polis dan seterusnya ditahan pada 11.30 malam tadi di rumahnya di kawasan Pendang.

“Tangkapan terhadap wanita itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat dari aplikasi WhatsApp dari rakannya 10.12 malam tadi.

“Rakannya memberitahu ada status bergambar yang dimuat naik dari Facebook pemilik bernama Sahira Eyraa,” – kata Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah kepada Harian Metro.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas perinta reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Naquiah Mohd Jamel di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

(Video) Lelaki Cina Mabuk Rakam Video Hina Polis, Anggota Polis Buat Laporan

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*