“Hubungan Saya Dan Isteri Okey Selepas Isu Rita Rudaini” – Aqasha

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas kontroversi Rita Rudaini menjadi orang ketiga dalam hidup Aqasha dan keluarga, akhirnya Aqasha mendedahkan hubungan dia dan isterinya, Baizura Sabri yang masih berada dalam keadaan baik seperti biasa.

BACA : Rita Rudaini & Aqasha Disahkan Berkahwin Di Thailand

Aqasha menjelaskan rumah tangganya sedikit pun tidak terkesan dengan kontroversi dan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan Rita Rudaini. Hmm, bukan isteri Aqasha yang mulakan isu ini dengan memuat naik screenshot mesej Aqasha dan Rita?

“Hubungan saya dan isteri okey dan kami tidak terjejas dengan spekulasi dan tuduhan orang ramai itu.

“Saya seorang lelaki, Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan.

“Saya tidak boleh menjawab tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi dan orang luar tidak tahu apa yang saya lalui,” – Aqasha.

Memang Aqasha mengaku yang isterinya memuatnaik screenshot tersebut, namun macam biasa Aqasha enggan mengulas dan memberitahu dia tidak perlu menceritakan hal sedemikian kepada umum kerana ianya perkara peribadi.

Selepas ini dia tiada masalah untuk bergandingan dengan pelakon Rita Rudaini walaupun spekulasi sebelum ini cukup panas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*