Aliff Aziz Dah Bebas, Ibu Berterima Kasih Kepada Yang Mendoakannya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam kita dikejutkan oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang ditahan oleh polis Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.

BACA : “Dia Cari Pasal Semua Orang…” – Saksi Dedah Sebab Aliff Aziz Ditangkap Polis

Menerusi Instagram, ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura itu, S Hafiza Basharahil memuat naik video berdurasi empat minit 20 saat memaparkan Aliff sedang mendukung anaknya, Ayden Adrean di rumahnya di Singapura.

Video yang dikongsi hari ini dan turut kelihatan bekas isterinya, Bella Astillah di dalam video tersebut.

Ibu Aliff juga memberitahu apa yang terjadi ada sebab tertentu dan hanya Allah SWT saja lebih mengetahui.

Kredit : mStar Online

“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.

“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu,” – tulis S Hafiza di Instagram.

Fiza juga menegaskan orang ramai tidak layak menghukum apa yang menimpa anaknya dan dia juga turur berterima kasih kepada yang mendoakan yang baik kepada anaknya.

Bagaimanapun, dalam perkongsian tersebut, S Hafiza tidak menyatakan bila Aliff dibebaskan.

“Dia Cari Pasal Semua Orang…” – Saksi Dedah Sebab Aliff Aziz Ditangkap Polis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. (Video) "Ramai Cakap Buruk Di Belakang, Harap Ada Ganjaran Di Akhirat" - Aliff Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*