Ibu Arwah Inspektor Syamir Dedahkan Apa Yang Diluah Arwah Sebelum Kejadian

02/06/2017

Pasti ramai yang terkejut dengan berita penemuan mayat seorang pegawai polis yang terdapat satu kesan tembakan di dahi atas kerusinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan.

Rupa-rupanya arwah Inspektor Syamir atau nama sebenarnya Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin pernah meluahkan hasratnya kepada keluarga untuk berhenti kerja akibat tekanan tugas seminggu sebelum kejadian itu berlaku.

Ibu mangsa, Noraida Jalalludin memberitahu beremu kali terakhir dengan mangsa pada 27 Mei lalu di mana mangsa telah pulang ke rumah selepas menghadiri kursus selama dua minggu di ibu kota dan sepanjang tempoh tersebut mangsa sentiasa kelihatan murung.

“Apabila ditanya dia memaklumkan tertekan dengan tugas dan mahu berhenti kerja tetapi saya bersama suami menasihatkan supaya dia fikir terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan.

“Selepas dia kembali bertugas di IPD Pasir Puteh, saya ada berhubung dengan Syamir iaitu sebelum berbuka puasa, kira-kira jam 7 malam, semalam. – Ibu Inspektor Syamir

Ibu mangsa memberitahu semasa berbual melalui telefon, mangsa hanya mengulangi perkasa yang sama sehingga membuatkan ibunya tidak lena tidur kerana terlalu memikirkannya dan cuba menghubungi semula mangsa pada jam 11 malam dan 4 pagi tetapi gagal.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: