“Betulkah As’ad Hamilkan Teman Wanitanya?” – Ibu As’ad Motawh Tampil Beri Penjelasan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas lagu terbaru As’ad Motawh dilancarkan di Youtube, penyanyi terbabit telah diajukan soalan berkaitan dengan cerita di dalam klip video lagu tersebut iaitu As’ad telah menghamilkan teman wanitanya.

BACA : Tak Tahan Kena Perli, As’ad Motawh Mengamuk Di Laman Sosial

Menjawab kepada setiap persoalan diajukan oleh peminat As’ad itu dan tidak mahu kelab peminat Asadious berteka-teki, ibunya Yustita telah tampil memberi penjelasan menerusi Instagram miliknya.

“Kepada kelab peminat Asadious yang mesej peribadi aunty, (tanya) betulkah As’ad hamilkan teman wanitanya? Jawapannya, belum pernah dan Insya-Allah tidak pernah! Itu hanyalah cerita di dalam MV sahaja.

“Begitu juga dengan adegan di mana aunty terlantar sakit dan As’ad kelihatan seperti seorang yang sudah hilang akal menyusun banyak gelas yang berisi air.

“Selamanya mengisahkan tentang pengalaman As’ad yang pernah melalui kemurungan akibat dikecam hebat oleh haters. Skrip cerita di dalam MV Selamanya telah diubahsuai untuk menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan mendebarkan,” – jelas ibu As’ad di Instagram.

Yustita turut berharap penjelasannya itu dapat mengubah persepsi buruk penonton yang menganggap klip video itu berdasarkan kisah benar perjalanan hidup As’ad sepenuhnya.

Mungkin peminat keliru dengan penerangan sebelum ini yang mendakwa lagu dan klip video itu berdasarkan kisah hidup sebenar As’ad Motawh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*