Kerat Alat Sulit Perogol Anak Perempuan Usia 5 Tahun Sampai Mati, Si Ibu Didakwa Di Mahkamah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Berang dengan si perogol anak perempuannya yang berusia 5 tahun sehingga mati, seorang wanita yang merupakan kepada mangsa memotong alat sulit lelaki tersebut hingga putus.

BACA : Mengaku Dirasuk Syaitan, Lelaki Rogol Adik Ipar Sebanyak 7 Kali

Wanita yang berusia 23 tahun dikenali sebagai Veronique Makwena itu bersama kakak iparnya, Noxolo Maneli dan rakan, Siyabonga Pakade didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh lelaki itu selepas menemui mayat anaknya, Chantelle, di tandas awam di Port Elizabeth, Ogos lalu.

Mangsa, Chantelle dilaporkan hilang dari rumahnya di Port Elizabeth pada Ogos lalu ketika ibunya pergi ke kedai yang agak jauh dari rumah mereka.

Makwena menjelaskan, dia menghabiskan masa sepanjang malam itu untuk mencari anak perempuannya, tetapi gagal dan sehari selepas kejadian, suaminya menemui mayat Chantelle di dalam dalam tandas awam.

Selepas polis melakukan operasi mengesan suspek, polis mengarahkan seorang suspek lelaki berusia 20-an yang dikenali keluarga mangsa dan diarahkan menjalani ujian DNA, bagaimanapun polis tidak dapat menahannya selagi keputuan ujian DNA tidak diperolehi.

Sebulan lamanya, namun masih belum ada jawapan, Makwena bersama dengan kakak ipar dan seorang lagi rakan menyerang lelaki yang didakwa atas kematian Chantelle dan memotong alat sulitnya.

Lelaki terbabit berjaya dikejarkan ke hospital dan memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa Makwena, Manela dan Pakade telah menyerang dan memotong alat sulitnya.

Lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan untuk menyambung semula alat sulitnya, memetik portal DailyMail.

Susulan kejadian itu, Makwena dan dua lagi suspek ditahan reman dua minggu sehingga pihak Enough is Enough tampil mengumpul dana bagi mengikat jamin mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*