“Saya Dah Tak Larat Nak Tegur” – Ibu Kilafairy Komen Isu Berpakaian Kulit Ular

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Kilafairy dikecam hebat oleh netizen selepas memuat naik gambar berpakaian motif kulit ular di laman Instagram.

Isu tersebut membuatkan ibunya, penyanyi Rohana Jalil terpanggil untuk membuka mulut dan memberitahu yang dia sudah tidak larat untuk menegur anaknya itu.

“Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar,” – Rohana Jalil

Menurut Rohana, dia pun pernah muda dan menganggap ia tindakan biasa anak muda.

“Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia (Kila) pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap,

“Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini,” – Rohana Jalil

Mengenai komen berbaur kecaman, Rohana menjelaskan tidak ambil pusing dan tidak kisan dengan kecaman ditulis netizen, memetik Harian Metro

Dia lebih suka tidak mengambil peduli dan tidak suka untuk terlalu fikirkan masalah memandangkan ia merupakan rahsia dia kekal sihat pada usia 64 tahun.

Manakala Kilafairy menjelaskan dia memakai pakaian sedemikian kerana selesa dan suka dengan apa yang dia pakai.

Dia juga mengaku dia degil dan tidak mendengar nasihat ibu bapanya mengenai pakaian yang dipakainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. “Saya Dah Tak Larat Nak Tegur” – Ibu Kilafairy Komen Isu Berpakaian Kulit Ular - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*