“Kau Tak Ada Kerja Ke Syukri, Trending Nak Botak?” – Ibu Selar Aliff Syukri Nazar Botak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, menerusi Instagram, Datuk Aliff Syukri bernazar untuk membotakkan kepala sekiranya video muzik lagu ‘Jom Raya’ menjadi trending nombor satu di YouTube.

Apa lagi, netizen mula mendesak Aliff Syukri membotakkan kepalanya demi menyempurnakan nazar atau janji tersebut.

BACA : Dikecam Suara Macam Katak & Bangau, Aliff Syukri Naik Angin Kecam Netizen

Namun, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan niat Aliff dan berpendapat sepatutnya bernazar memberi sedekah kepada anak yatim.

Bukan netizen sahaja, ibu Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim turut mempersoalkan niat bernazar anaknya itu yang semata-mata ingin menjadi trending di YouTube.

“Kau tak ada kerja ke Kri (Syukri) trending nak botak, nazar hadiah kambing kat masjid ke, beri orang makan ke adalah elok sikit,” – Ibu Aliff Syukri, Rozita Ibrahim.

Menurut ibunya, lebih elok sekiranya Aliff menyedekahkan kambing ke masjid atau memberi makanan kepada orang selepas apa yang diimpikannya tercapai.

“Patut ke saya botakkan rambut?? kalau ramai yg komen botak di ruangan komen di bawah saya akan botakkan rambut nalam ni,” – tulis Aliff Syukri di laman Instagram

Aliff memuat naik status terbaru dan berjanji akan membotakkan kepalanya malam ini. Kita tunggu dan lihat malam ini, sama ada dia botakkan kepalanya atau pun tidak.

View this post on Instagram

patut ke saya botakkan rambut?? kalau ramai yg komen botak di ruangan komen di bawah saya akan botakkan rambut nalam ni . . sbb lagu ini tranding no1 mengalah lagu yg lain.. tak sampai 15jam dan jumlah tontonan lebih 500ribu❤️❤️.. sy terkejut.. anda dah tengok kee belum?? gi tengok di youtube jomraya sekrg. harap korang request lagu ni di redio…dan sila komen di bawah knp lagu #jomraya korang suka??👇🏻👇🏻 . . jom buat perodi,dance ,tiktok lagu #jomraya dri sy @zizi_kirana dan penampilan khas @bellaastillah ciptaan @amyuks 😍😍😍 5org yg bertuah yg tag akan memenangi wang duit raya dari saya…… pemenag saya akan PM dan sy akan posting di ig sy ..okey esok jam 6ptg nak tau pemenag😘😘 .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Beli Guna Duit KWSP" - Aliff Syukri Bangga Miliki Rumah RM6 Juta Atas Pavilion - TEHPANAS
  2. “Beli Guna Duit KWSP” – Aliff Syukri Bangga Miliki Rumah RM6 Juta Atas Pavilion - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*