“Ikut Cara Orang Kampung Pula, Tapi Ada Syaratnya…” – Abang Acap

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas 24 hari kehilangan Acap, akhirnya Mohammad Azlan, abang kepada Acap memberitahu akan mencari Acap mengikut cara orang kampung yang sudah menetap berpuluh tahun di kawasan Acap hilang.

BACA : Kehilangan Anita Sarawak Terjawab

“Sebenarnya dah masuk hari ke-24 adik saya hilang. Kita dah bagi masa dan peluang kepada sukarelawan dan orang awam mencari tapi tak ada hasil.

“Jadi kita minta hentikan sementara dan bagi peluang kepada orang kampung untuk uruskan pencarian mengikut cara mereka,” – Mohammad Azlan.

Mohammad Azlan turut memberitahu dia perlu mengambil kira pandangan orang kampung kerana Acap hilang di kawasan tersebut dan mereka lebih tahu selok belok kawasan berkenaan.

Namun abang Acap menjelaskan ada syarat yang perlu dituruti oleh semua pihak termasuklah orang awam dan sukarelawan sekiranya inginkan mengikut cara orang kampung,

Syaratnya, pencarian bersama orang kampung akan dilakukan selepas orang awam mahupun sukarelawan meninggalkan kawasan tersebut.

“Sekarang belum bermula… kita nak bagi clear orang awam dulu yang masih datang ke sini. Mungkin mereka terlepas laporan saya.

“Kita tengok dalam dua, tiga hari lagi kalau boleh sampai tak ada satu orang awam atau sukarelawan datang ke sini lagi. Lepas itu baharulah kita mulakan pencarian bersama dengan mereka,” katanya.

Mohammad Azlan membuat rundingan mengenai misi pencarian Acap bersama orang kampung sudah dilakukan pada Ahad lalu.

Semoga pencarian Acap kali ini dipermudahkan dan Acap dijumpai semula.

Adakah benar spekulasi yang mengatakan Acap disorokkan oleh orang bunian di alam bunian dan Acap sudah berkahwin dengan orang bunian? Sama-sama kita tunggu nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Memang Sah Tulang Manusia" - Isu Penemuan Tulang di Kawasan Acap Hilang - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*