Individu Hina Arwah Abam Bocey Padam Akaun Facebook

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian pelawak Abam Bocey menyebabkan ramai yang sedih dan terasa dengan kehilangan pelawak berusia 32 tahun itu.

BACA : “Alhamdullillah Selesai” – Abam Bocey & ‘Pakcik Bawang’ Sudah Berbaik

Bagaimana pun, ada juga individu yang biadab mengutuk arwah Abam secara terbuka di Facebook.

Individu yang menggunakan nama Mrspoon Nasional memuat naik komen yang jelas sekali menghina arwah dengan ayat dan emoji.

“Makan banyak, badan gemuk sangat, bub tu mati,” tulisnya dan emoji gelak berguling-guling.

Bengang dengan tindakan biadab lelaki itu, netizen mengecam dan cuba mencari identiti sebenar individu di sebalik akaun Facebook itu.

Malah, netizen juga mendesak orang ramai tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan tegas dapat diambil terhadap individu terbabit.

Akaun Facebook individu tersebut dipercayai sudah dinyahaktif sebaik saja sedar tindakannya mengundang kemarahan orang ramai.

Abam Bocey & ‘Pakcik Bawang’ Berjumpa, Berbincang Isu ‘Ujian DNA’

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni - TEHPANAS
  2. Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*