“Boleh Jadi Anak Mana-mana Lelaki Asia Lain” – Istana Nafi Ismail Leon Zuriat Sultan Kelantan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini, bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Petra yang juga merupakan bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkongsikan gambar-gambar anaknya di Instagram.

BACA : Rihana Oksana Tuntut Rumah Agam RM41.2 juta & Nafkah Anak RM123,000 Sebulan

Susulan perkongsian itu, ramailah netizen memuji kecomelan Ismail Leon yang didakwa seiras dengan Sultan Muhammad V selepas 5 bulan Rihana merahsiakan identiti serta wajah anaknya.

Walaupun kontroversi penceraian Rihana dengan Sultan Kelantan masih berlarutan dan belum lagi menemui penghujung, penularan gambar bayi comel itu sedikit sebanyak menambahkan lagi kemelut isu penceraian mereka.

Tidak mahu berdiam diri, salah satu kenyataan yang menerusi portal Daily Mail, sumber daripada istana negeri Kelantan telah menafikan bahawa wajah Ismail Leon itu seiras dengan Sultan Muhammad V.

Malah, pihak istana juga menyatakan pendirian mengenai wajah sahaja tidak akan membuktikan siapa bapa sebenar kepada bayi comel tersebut.

Sumber itu berkata lagi, pihak istana juga mendakwa pendedahan yang dibuat adalah sebagai cara Rihana menjalankan modus operandinya untuk meneruskan beberapa tuntutan berkaitan penceraiannya dengan Sultan Kelantan.

Selain itu, beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana kepada Daily Mail juga seakan menjelaskan penafian mengenai status bayi tersebut sebagai pewaris kesultanan negeri itu.

Menurut Daily Mail, sumber yang juga merupakan seorang yang rapat dengan Sultan Kelantan telah memberitahu mengenai pandangan peribadi baginda yang mendakwa berkemungkinan anak itu merupakan zuriat mana-mana lelaki berketurunan Asia yang lain.

Pihak istana juga telah memberitahu bahawa perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Rihana adalah satu kesilapan terbesar dilakukan dan mengatakan Rihana mempunyai agenda lain di sebalik segala pendedahan yang diputar belitkan olehnya kepada pihak media.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*