Isteri Da’i Farhan Didakwa Doktor Palsu, Netizen Lapor KKM Bersama Bukti Kukuh

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas isu menipu dalam jual beli kereta, kontroversi isteri Da’i Farhan iaitu Dr. Erin timbul pula dengan isu dirinya didakwa sebagai ‘doktor palsu’ oleh netizen.

BACA : “Kepala Hotak Kau Vitamin, Vitamin Pun Ada Expiry Date” – Da’i Farhan Dikecam, Samakan Isteri Baharu Dengan Vitamin

Satu demi satu pembongkaran status ‘doktor’ isteri Da’i Farhan itu didedahkan oleh netizen selepas dalam satu temu bual baru-baru ini, Da’i Farhan merujuk isteri barunya, Noorainul sebagai ‘doktor’.

Bagaimanapun, hasil ‘siasatan’ netizen dapati nama Dr Erin iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak wujud dalam Medical Medical Council (MMC).

Menerusi satu perkongsian di Facebook Penolong Pegawai Perubatan, nama Dr Erin tiada dalam data sedangkan semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesalahan Menyamar/Menggunakan Profesion Kesihatan Di Bawah KKMPihak kami menerima kiriman inbox daripada seorang…

Dikirim oleh PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN pada Jumat, 06 Desember 2019

Kenyataan itu juga menyatakan ada kemungkinan isteri Farhan itu menyamar atau menyalahgunakan gelaran tersebut demi meraih keuntungan yang merupakan satu kesalahan di bawah Undang Undang Malaysia.

Hasil siasatan netizen seterusnya mendapati satu akaun Facebook Dr Erin yang kini tidak lagi aktif mendakwa dari hasil rawatannya, jumlah virus pesakit HIV telah menurun dengan menghentikan pengambilan ubat hospital.

Thanks Dr N for the effort (you know who you are)

Dikirim oleh Zaahirah Mohammad pada Kamis, 05 Desember 2019

Apa yang lebih meragukan, satu keratan akhbar yang viral mengenainya dirinya mempromosikan butiknya yang pada masa itu bakal dilancarkan di Setapak, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.

Dalam keratan akhbar yang sama, Erin mendakwa dirinya turut memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA dan Diploma Kecantikan dan Dandanan Rambut dari London Academy.

Disebabkan itu, status ‘doktor’ Erin terus dipersoalkan oleh netizen dan persoalan yang timbul, bilakah Dr Erin mengambil kursus perubatan untuk menjadi seorang pakar neurologi.

Turut viral satu sijil tertulis nama Dr Erin yang menerima gelaran doktor dari Electronic Medication Council of Malaysia, namun pihak yang menandatangani sijil tersebut didapati tidak wujud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. "24 Jam Sudah Berlalu..." - Ches Al-Maliki, Bekas Rakan Isteri Bakal Saman Da'i Farhan - TEHPANAS
  2. “24 Jam Sudah Berlalu…” – Ches Al-Maliki, Bekas Rakan Isteri Bakal Saman Da’i Farhan - Hmetro Online
  3. "Budak-budak Sebut Aura 19 Wanita Kaabah," - Isteri Da'i Farhan Dedah Dirinya Jadi Perhatian Budak Sekolah - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*