Hamil 6 Bulan, Isteri Dedah Ammar Alfian Curang?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Isu Aliff Aziz yang curang beberapa kali baru saja selesai dengan penceraiannya minggu lepas dan timbul pula cerita curang Ammar Alfian.

BACA : Sah Bercerai Talak Satu, Aliff Aziz Menangis & Bella Astillah Nampak Tenang

Cerita kecurangan Ammar ini didedahkan oleh isterinya sendiri, Nelissa Nezam menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Nelissa mendakwa pelakon itu berlaku curang setelah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu dengan memuat naik sekeping gambar alat ujian kehamilan dan memberitahu kandungannya sudah mencecah usia enam bulan.

“This Ramadhan has tested me in ways I never thought I would be tested… Unfortunately I found out my husband of 3 years cheated on me while I was 6 months pregnant with his child,

“When I found out, it felt like my whole world had come crashing down and that I would not have the will to get through it. Thankfully I’m finding the strength in me through the support of close family and friends,” – tulis Nelissa di Instagram.

Jelas Nelissa, dia tidak menyangka yang dirinya akan menerima ujian hebat pada bulan Ramadan ini apabila mengetahui suaminya menipu ketika dirinya sedang sarat hamil.

Dia juga percaya bahawa semua berlaku mempunyai hikmah dan Allah sudah merancang yang terbaik buat dirinya serta bayi dalam kandungannya.

Tidak lama selepas memuat naik gambar tersebut di laman Instagram dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, Nelissa telah memadamkan daripada akaun Instagramnya. Motif?

Sebelum itu, gambar Nelissa dan suaminya sudah tidak kelihatan di dalam akaun Instagram dan dipercayai telah dipadam terlerbih dahulu.

Sehingga sekarang, Ammar masih belum memberi sebarang komen mahu pun kenyataan rasmi mengenai perkara ini kepada media dan netizen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Saya Maafkan Isteri" - Ammar Alfian Difitnah Isteri Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*