Isteri Hazama Mengandung Di Luar Rahim Terpaksa Dibedah

23/03/2017

Pasti ramai yang sudah tahu, Hazama dan Genervie Kam berkahwin 15 Januari lalu dan telah disahkan mengandung baru-baru ini.

BACA : Hazama Lebih Baik Dari Black Di Mentor Milenia 2017

Semalam Hazama telah memuatnaik gambar isterinya selepas menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya apabila disahkan mengandung di luar rahim.

Sebelum ini, Hazama mendakwa yang isterinya mengadu sakit perut sejak kira-kira dua minggu lalu dan selepas pemeriksaan dibuat, isterinya disahkan hamil di luar rahim.

Atas nasihat doktor yang menasihatkan supaya menjalankan pembedahan dengan segera, Hazama dan isterinya redha dan membuat keputusan untuk melakukan pembedahan semalam.

“Ketika Genervie ke hospital bersama ibunya, saya tidak dapat ikut bersama kerana sibuk menguruskan dua protege saya (Usop dan Balqis) untuk program Mentor Milenia.

Kemudian dia menghubungi saya untuk memaklumkan, sakit itu disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Tidak lama selepas itu, isteri sekali lagi menghubungi saya untuk memberitahu dirinya hamil di luar rahim dan doktor menasihatkannya untuk segera dibedah.

Selain janin, tiub fallopio pada bahagian kiri juga dibuang. Syukur alhamdulillah, mujur dirinya selamat,” – Hazama.

Selepas ini, Hazama bercadang untuk berehat dan meluangkan waktu bersama isteri selepas program Mentor Milenia 2017 tamat dalam beberapa minggu lagi.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: