Tidak Beri ‘password’ Handphone, Isteri Maut Disimbah Asid

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jangan main-main dengan ‘password’ handphone kerana ianya boleh mengundang maut jika dirahsiakan kepada pasangan hidup kita, terutamanya yang sudah berkahwin.

LIHAT : (Gambar) Gadis Mati Ditetak Teman Lelaki, Mayat Busuk Disorok Dalam Tilam Hotel

Itulah yang terjadi kepada seorang suami yang sanggup menyimbah asid ke muka isterinya menyebabkan mangsa mati gara-gara wanita itu tidak memberi ‘password’ handphone kepada suaminya itu.

Kejadian berlaku selepas pasangan yang sudah 17 tahun berkahwin itu bercerai kerana lelaki terbabit menuduh isterinya menjalin hubungan sulit melalui media sosial.

Portal Gulf News melaporkan, anak mereka yang berusia 16 tahun memberitahu, bapanya meluru masuk ke dalam rumah dengan membawa beg berwarna hitam dan memaksa ibunya memberi password handphone.

Berang dengan tindakan mangsa yang tidak mahu memberi password handphone, lelaki itu mengeluarkan botol berisi asid dari beg lalu mencurah asid ke muka dan badan wanita itu sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap dan telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*