“Perangai Ostat Ostat Penipu, Kaki Porno” – Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Sikap Sebenar Suami

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mengakui mengalami tekanan emosi kerana perbuatan buruk suaminya yang beberapa kali ‘terkantoi’ kerana curang, isteri kepada pendakwah selebriti akhirnya membuka mulut perihal suaminya kepada pihak media.

BACA : “Demi Sebuah Mukjizat” – Isteri Tunjuk Bukti Da’i Farhan Terima Diploma Perubatan Islam?

Menurut laporan mStar Online, isteri kepada penceramah bebas kelahiran program realiti itu mendakwa dirinya sudah tidak mampu untuk menanggung beban dan penderitaan sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan selebriti terbabit.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” – katanya kepada mStar.

Bukan itu saja, wanita itu mendakwa turut menemui beberapa keping gambar bekas teman wanita suaminya yang dikongsi melalui kiriman pesanan peribadi (DM) di laman sosial Instagram.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram.

“Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata.

“Kejadian yang berlaku telah menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan,” – jelasnya lagi.

Wanita itu turut mendedahkan peserta program realiti yang berusia 29 tahun itu juga dikatakan sering menghantar kiriman dalam bentuk DM kepada gadis-gadis muda secara rawak di Instagram dengan niat untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

“Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.

“Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video,” tambahnya.

Dalam pada itu, pendakwah terbabit yang menghubungi mStar memohon agar isu berkenaan tidak dipanjangkan, namun enggan memberi ulasan lanjut berhubung tuduhan isterinya itu.

Selepas kami periksa laman Instagram dan Facebook pendakwah bebas itu sudah dinyahaktif olehnya, mungkin tidak mahu orang ramai tahu mengenai dirinya.

“Kepala Hotak Kau Vitamin, Vitamin Pun Ada Expiry Date” – Da’i Farhan Dikecam, Samakan Isteri Baharu Dengan Vitamin

Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. Terbabit Dengan Video Panas Dengan Wanita Lain, Netizen Dedahkan Da'i Farhan Yang Dimaksudkan Isterinya - TEHPANAS
  2. Terbabit Dengan Video Panas Dengan Wanita Lain, Netizen Dedahkan Da’i Farhan Yang Dimaksudkan Isterinya - Hmetro Online
  3. Terbabit Dengan Video Panas Dengan Wanita Lain, Netizen Dedahkan Da'i Hijrah Yang Dimaksudkan Isterinya - TEHPANAS
  4. Terbabit Dengan Video Panas Dengan Wanita Lain, Netizen Dedahkan Da’i Hijrah Yang Dimaksudkan Isterinya - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*