“Demi Sebuah Mukjizat” – Isteri Tunjuk Bukti Da’i Farhan Terima Diploma Perubatan Islam?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kontroversi Da’i Farhan dan isteri Dr. Erin masih lagi berlarutan dan kali ini menerusi Instagram, isterinya berkongsi foto terbaharu yang menunjukkan Farhan memegang buku tertulis ‘Diploma Perubatan Islam’.

BACA : Kes Da’i Farhan Bertambah Rumit, Aduan JAIS Telah Dibuat

Foto-foto tersebut terus menjadi tanda tanya netizen dan apa yang menarik perhatian netizen, kapsyen ditulis oleh Dr. Erin menerima kecaman hebat seperti mendakwa Farhan mempunyai mukjizat.

“Alhamdulillah satu lagi perjuangan. Demi sebuah mukjizat yang agung. Demi perjuangan dalam perubatan yang terunggul.

“Asal manusia dari apa? Mana asal datangnya ilmu sains perubatan moden dunia? Rawatlah punca penyakit bukan rawat penyakit,” – tulis Dr. Erin di Instagram.

Posting Dr. Erin yang telah dipadam di IG. Sumber Twitter

Mungkin menyedari posting terbaharunya mengundang kecaman, Dr. Erin terus memadam posting terbabit dan memuatnaik posting yang baharu.

Foto asal memaparkan ramai individu lain telah disunting yang hanya memaparkan gambar Farhan dan Dr. Erin sahaja.

Posting terbaharu Dr. Erin selepas memadam posting ‘mukjizat’

“Terdelete pulak😅 Tak larat nak karang caption balik…” – tulis Dr. Erin pada posting terbaharu.

Menurut Dr. Erin, posting beserta kaspyen sebelum ini tersilap padam dan mungkin sebab itulah dia memuat naik semula foto dan kaspyen yang baharu.

“24 Jam Sudah Berlalu…” – Ches Al-Maliki, Bekas Rakan Isteri Bakal Saman Da’i Farhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Perangai Ostat Ostat Penipu, Kaki Porno" - Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Sikap Sebenar Suami - TEHPANAS
  2. “Perangai Ostat Ostat Penipu, Kaki Porno” – Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Sikap Sebenar Suami - Hmetro Online
  3. "Budak-budak Sebut Aura 19 Wanita Kaabah," - Isteri Da'i Farhan Dedah Dirinya Jadi Perhatian Budak Sekolah - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*