Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai, Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan video yang viral mengenai seorang pelajar didakwa dirotan kerana memanggil seorang guru dengan gelaran pondan mendapat perhatian menteri pendidikan sebelum ini dijangka bakal berakhir.

Gara-gara tidak puas hati dengan cikgu yang merotan anaknya, ibu kepada pelajar perempuan itu membuat laporan polis sebelum ini.

Namun, ibu kepada pelajar perempuan yang dirotan guru lelaki itu menarik balik menarik balik laporan polis yang dibuatnya hari ini dan perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd.

“Ibu pelajar tersebut telah menarik balik laporan yang dibuatnya sehari selepas laporan dibuat,” – Ketua Polis Johor

Menurutnya lagi, isu ini sudah hampir selesai dan semua pihak terlibat iaitu guru berkenaan, pelajar dan ibu bapanya serta PIBG sekolah telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan esok, memetik Kosmo! Online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai, Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*