(Video) Isu Video Alza Langgar Motosikal Viral : Dua-dua Langgar Lampu Isyarat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Video kereta Perodua Alza merempuh motosikal di persimpangan Pandan Indah, Petaling Jaya yang menjadi viral akhirnya mendapat perhatian pihak polis dan siasatan telah dijalankan ke atas video tersebut.

BACA : Perempuan khayal dadah lawan arus dan rempuh 4 kenderaan

Rakaman video selama 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi dash cam, telah dimuat naik oleh Ng Sin Ji, di laman sosial Facebook.

Video tersebut telah merakamkan pelanggaran sebuah kereta Perodua Alza putih dan sebuah motosikal yang masing-masing melanggar lampu isyarat merah dan mengakibatkan kereta Alza merempuh motosikal menyebankan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan terus terbaring kaku di jalan.

Sin Ji mendakwa kereta Alza itu memecut laju ketika lampu isyarat kuning sebelum bertukar merah manakala penunggang motosikal yang menunggu di petak kuning dan kemudiannya menyeberangi jalan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar.

“Sukar untuk katakan siapa betul siapa salah kerana kedua-duanya melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi lampu isyarat,” Ng Sin Ji.

Mengenai tarikh 1 Januari 2013 yang tertera pada bahagian kanan video yang menjadi tanda tanya, Sin Ji memberitahu tarikh dan masa merupakan tarikh kamera selepas ia ditetapkan semula setiap kali ia dipadam.

Maknanya, tarikh dan masa pada kamera tersebut haruslah ditetapkan setiap kali menghidupkan semula kamera tersebut.

Siasatan polis telah dijalankan dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Elias berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden dan telah memeriksa di Hospital Ampang namun tiada sebarang laporan daripada kemalangan seperti di dalam video terrsebut.

VIDEO PERODUA ALZA REMPUH MOTOSIKAL, SAMA-SAMA LANGGAR LAMPU ISYARAT

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*