“Itu Video Lama, Bukan Video ABPBH 3.0” – Izara Aishah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Video Izara Aishah yang seksi menjolok mata sehingga menampakkan buah dada tanpa mengenakan bra tersebar di laman sosial menyebabkan Izara dikecam oleh netizen.

BACA : Lakonan Mantap Izara Aishah Dalam J Revolusi

Video berdurasi 4 saat itu, Izara Aishah dilihat berjalan masuk ke sebuah majlis dan jelas keihatan dari arah sisi payu dara Izara Aishah yang belum dilihat sebelum ini.

Sebelum ini ada yang menyatakan video tersebut adalah majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 3.0) baru baru ini ternyata tidak benar kerana ianya merupakan majlis fesyen, Melium Style Rocks 2016 yang berlangsung tahun lepas.

Izara Aishah Minta Maaf Kerana Video Seksi

Melalui laman Facebook dan Instagram pagi tadi, Izara Aishah memohon maaf kepada keluarga, peminat-peminat, dan setiap orang yang tersinggung dengan video yang tersebar itu.

“Izara ingin memohon maaf kepada keluarga, peminat-peminat, dan setiap orang yang tersinggung dengan video yang tersebar di mana Izara menghadiri fashion event. Video itu sudah lama, dan bukanlah dari Anugerah Bintang Popular yang baru sahaja berlalu”

“Video itu bermula disebarkan di WhatsApp Group sekitar minggu lepas (Sabtu) dan kini di sebarkan di laman laman sosial media. Video itu disebarkan 2 minggu selepas Adib dan saya mengesahkan cadangan kami untuk berkahwin pada tahun ini”

“Walaupun Izara teramat sedih dan malu dengan kelakuan seseorang membuka aib Izara sebegitu, Izara terima tunggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf kepada semua. Izara juga anggap ini sebagai suatu dugaan Allah, dan peringatan bagi Izara” – Izara Aishah

Izara juga memberitahu video tersebut dimuat naik dan viral selepas beliau mengumumkan akan berkahwin tahun ini.

Oh ya, bukan Izara seorang yang hadir di majlis tersebut, selebriti Malaysia lain yang hadir dalam majlis tersebut dan jelas kelihatan ialah pelakon dan penyanyi Nur Fazura serta pelakon Zahidah Rafik. Makcik Zahidah ni pun boleh tahan seksi pakaian dia…

VIDEO IZARA AISHAH TAMPIL LEBIH SEKSI

Dikirim oleh ARTISBUZZ pada Senin, 15 Mei 2017

ArtisBuzz – Psstt… Dalam event tu, Izara Aishah dapat anugerah ‘Best Dressed’ tau… 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*