Jadikan Pikotaro PPAP Sebagai Idola, Datuk Seri Vida Mahu Bergelar Penyanyi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Datuk Seri Vida khabarnya sedang berusaha mendapatkan penerbit dan penulis lirik untuk lagunya yang ingin tampil seperti penyanyi idolanya, penyanyi Korea, Pikotaro yang terkenal dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen.

BACA : “Nak Sebut Nama Produk Pun Berkira, Apa Guna Menaja”

Datuk Vida meluahkan hasrat yang ingin bergelar sebagai penyanyi dan akan mengeluarkan sebuah lagu seperti lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) yang pernah menhadi perhatian dunia sekitar tahun lalu dan pernah berada di tangga 77 carta Billboard Hot 100.

“Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro. Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa,” – Datuk Seri Vida

Pasti ramai peminat Datuk Vida yang tidak sabar ingin menunggu lagu Datuk Vida yang bakal dipersembahkan dan akan mempunyai tarian unik seperti idolanya, Pikotaro.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*