Jadual Pembayaran BR1M 2016

30/12/2015

Jadual pembayaran BR1M 2016 telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk memudahkan penerima-penerima BR1M 2016 tahu akan tarikh BR1M 2016 akan masuk ke dalam bank yang didaftarkan oleh penerima BR1M 2016.

BACA : SENARAI BANK UNTUK PEMBAYARAN BR1M

Seperti tahun lepas, untuk kategori Individu atau bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah akan menerima bayaran BR1M hanya sekali sahaja iaitu pada bulan Januari.

Begitu juga dengan BR1M 2016 ini, kategori individu ini akan menerima bayaran brim mereka pada 28 Januari 2016 sebanyak RM400 berbanding tahun lepas, hanya menerima RM350 sahaja. Tahniah kepada orang bujang ya!

Manakala kategori E-Kasih iaitu ibu tunggal atau ayah tunggal yang berpendapatan RM1000 dan ke bawah akan menerima bayaran BR1M 2016 sebanyak RM1050 yang akan diagihkan sebanyak 4 kali.

Untuk kategori Isi Rumah yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah, pembayaran BR1M 2016 juga mereka naik sebanyak RM50 menjadikan bayaran BR1M 2016 mereka RM1000 yang  akan dibayar RM250 sebanyak 4 kali mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Manakala kategori Isi Rumah yang berpendapatan RM3001 sehingga RM4000, anda akan dibayar RM200 sebanyak 4 kali menjadikan bayaran BR1M 2016 berjumlah RM800 dan ini bermakna kategori ini juga dinaikkan sebanyak RM750 berbanding BR1M 2015. Tahniah!

Okay, di bawah adalah infografik jadual pembayaran BR1M 2016 yang boleh anda simpan di dalam smartphone anda atau anda cetak supaya memudahkan anda mengetahui tarikh pembayaran BR1M 2016 nanti.

Jangan lupa untuk share kepada rakan dan saudara mara anda jadual BR1M 2016 ini ya!

Kalau anda masih belum mengetahui mengenai status BR1M 2016 anda sama ada layak atau tidak, sila baca di sini : CARA SEMAK STATUS BR1M

BACA : SENARAI BANK UNTUK PEMBAYARAN BR1M

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 6 comments… read them below or add one }

maryani binti sufyan May 5, 2016 at 2:33 pm

bila bayaran bg status bujang untuk permohonan rayuan 15 march 2016 akn di masukkan ke akaun

Reply

Sabariah noor binti mohd ibrahim June 15, 2016 at 12:02 pm

Assalamualaikum…
Mengenai br1m yg melalui baucer…
Saya, masih menunggu baucer says yg kedua..
Sedang kan bulan April sdh mula d keluar kan.. sekarang Sdh bulan Jun.. sedangkan br1m yg ke3 sdh sedang di agih..
Saya dari sabah.. kota kinabalu.. mohon yg penerima br1m melalui baucer.. di percepat kan sistem nya.. terima kasih

Reply

jasa June 16, 2016 at 4:27 am

Br1m untung bujang kir tk dpt lah ni??

Reply

Annie Anyi July 7, 2016 at 9:40 am

Maaf..saya seorang ibu tunggal, Boleh terangkan untuk saya kenapa saya menerima br1m rm400 saja?

Reply

zulhaize bin saini September 27, 2016 at 7:32 pm

brim 2016

Reply

John bin jetolius April 20, 2017 at 2:59 pm

Hendak tuntut brim bagi tahun 2016 bagi bujang berjumlah rm400. Masih boleh tuntut? John bin jetolius 890818125537

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: