“Baju Itu Rekaan Designer Terkenal…” – Jasmine Suraya Chin Komen Gambar Tak Pakai Coli

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kecoh semalam mengenai gambar pelakon Jasmine Suraya Chin yang memakai pakaian seksi tanpa coli sehingga menampakkan bahagian lurah dadanya di Instagram.

BACA : “Lupa Nak Butang Baju Ye Sis?”- Netizen Kecam Aisyah Aziz Pakai Baju Nampak Bra

Bagaimanapun, Jasmine mengambil keputusan untuk mendiamkan diri bimbang jika kenyataan yang diberikannya hanya menimbulkan salah faham dan menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Tetapi saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut sebab ia akan melibatkan banyak perkara seperti agama.

“Selain, saya takut juga jika kenyataan yang saya berikan itu disalah erti atau menyinggung orang lain,” – jelas Jasmine kepada mStar Online.

Jasmine yang menyedari perkongsian gambarnya itu telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada netizen, dia berjanji akan lebih berhati-hati memuat naik sesuau di Instagram dan menerima kritikan yang membantu dalam memperbaiki dirinya.

“Saya sedar perkongsian itu mungkin telah mengundang kecaman netizen tapi pakaian itu rekaan designer terkenal.” – Jasmine Suraya

Menurut Jasmine, dia menerima kritikan yang membantu perbaiki dirinya dan dia biarkan sahaja komen yang tidak berfaedah.

Sehingga sekarang, foto seksi nampak lurah Jasmine Suraya di Instagram miliknya masih di laman sosialnya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*