Jejai Rakam Live Video Nora Danish & Nedim Nazri, Netizen Puji Sporting & Matang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tahniah kepada Nora Danish dan Nedim Nazri yang sudah pun bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz di majlis akad nikah yang diadakan di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur semalam.

BACA : Suara Manja Nora Danish Dalam Lagu Ini Lagi Boom Menggoda

Walaupun majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh sanak saudara, rakan artis dan rakan rapat Nora dan Nedim sahaja, ada kelibat seorang yang sangat dikenali merakam video majlis akad nikah Nora dan Nedim.

Ya, siapa lagi kalau bukan bekas suami Nora iaitu Jejai yang begitu ‘sporting’ dan ‘gentleman’ merakam video live Instagram sepanjang majlis akad nikah berlangsung di laman sosial Instagram milik Jejai.

Susulan apa yang dilakukkan oleh Jejai itu mendapat pujian daripada netizen dan peminatnya. Ada juga yang sukakan sikap matang dan terbuka yang ditunjukkan oleh Jejai.

Semoga doa Nora yang sebelum ini hendakkan perkahwinan kali kedua ini kekal termakbul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Gambar Nora Danish & Suami Cium Mulut Lepas Akad Nikah Dikecam

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*