“Hari Ini Saya Sangat Bahagia” – Joy Revfa Bakal Bertunang Dengan Fahmy Reza?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Bekas isteri penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa mendakwa dirinya berada dalam fasa bahagia pada masa ini dan mereka masih di dalam proses mengenal hati budi.

“Hari ini saya sangat bahagia. Dari segi persediaan, tak ada lah sangat tapi kami dalam proses merapatkan hubungan kekeluargaan.

“Saya belum bersedia mendedahkan siapa gerangannya sebab takut ‘dicucuk’ pihak lain. Saya takut nanti ada orang cuba nak menjauhkan kami,” – Joy Refva

Menurut Joy, dia mengaku mencari imam terbaik yang boleh membimbingnya dan anak serta tidak kisah dengan status lelaki itu sebagai selebriti, memetik Harian Metro.

“Walaupun pernah berkahwin dengan seorang selebriti juga tapi saya anggap ketika itu ‘terjodoh’ dengannya.

“Lagipun saya sendiri seorang usahawan dan ramai pengikut, saya tidak kisah mengenali sesiapa pun kerana yang penting ada keserasian bersama,” – Joy Refva.

Joy turut memberitahu bakal suami terbarunya itu tiada masalah dengan caranya tidak mendedahkan identiti sebenar kepada khalayak, tetapi ramai yang sudah beranggapan selebriti dimaksudkan ialah pelakon Fahmy Reza.

1 Trackback / Pingback

  1. “Hari Ini Saya Sangat Bahagia” – Joy Revfa Bakal Bertunang Dengan Fahmy Reza? - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*