JPJ Mengganas, Kereta Peronda MPV Polis Kena Saman?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seperti yang kita tahu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerap membuat operasi terutamanya operasi cermin (tint film) tinted gelap dan tayar ‘kangkang’ seluruh negara . Bukan nasi kangkang okay.

Gambar yang kami terima dari pengirim di laman sosial Facebook kami menunjukkan usaha keras dan sikap adil pihak JPJ sehinggakan kereta peronda pasukan Polis pun kena check cermin sama ada tinted gelap atau tidak.


(Gambar anggota JPJ memeriksa ketelusan cahaya cermin MPV PDRM)

Mungkin anggota JPJ ini hanya menjalankan tugas untuk memastikan tahap ketelusan cahaya kot? Tapi agak-agaklah, dah terang-terang cermin kereta peronda (MPV) Polis tu memang takde tinted kot? Baik check kereta yang memang cerminnya macam kena spray hitam kan?

Rasa-rasa anggota PDRM ni kena saman dengan JPJ ni tak? Sudah semestinya tak kena saman sebenarnya ini hanyalah satu program yang telah diadakan oleh pihak JPJ untuk bertujuan berkongsi ilmu mengenai cermin gelap, lampu hid, strobe light, dan nombor pendaftaran bagi semua kenderaan jabatan awam.

(Gambar anggota JPJ memeriksa cermin kenderaan ambulans)

(Gambar anggota JPJ memeriksa cermin kenderaan JPAM)

Buat masa ni, penguatkuasaan terhadap peraturan baharu untuk tinted gelap akan dikeluarakan oleh pihak JPJ pada Mei 2015.
Okay, yang ni pula adalah denda untuk pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah yang baru nanti :

  • Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama
  • Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Erkkk… Yang ni kereta siapa? ‘Cerah’ jer kan cermin kereta ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*