Curi 400 Ekor Ayam Mentah, Jual Semula Pada Orang Ramai

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tiga lelaki ditahan polis semalam selepas tindakan mereka mencuri 400 ekor ayam mentah di sebuah kedai yang terletak di pasar Taman Kempas, Sungai Petani.

Suspek berusia 21 dan 26 tahun itu ditahan di sebuah kedai memproses ayam di Guar Chempedak 6.30 pagi ketika mereka menyusun ayam yang dicuri di pasar itu untuk dijual.

Menurut pihak polis, kegiatan mencuri ayam mentah itu disedari peniaganya 4 pagi semalam selepas mendapati kedainya gelap sedangkan lampu premis itu menyala ketika ditutup, memetik Harian Metro.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta pacuan empat roda berhenti di hadapan kedai sebelum tiga lelaki bertopeng mengambil ayam berkenaan 2.58 pagi dan melarikan diri,” – Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah.

Video mencuri ayam mentah itu juga tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan tiga lelaki memakai penutup muka sedang mengalihkan ayam mentah dari tong ais ke pacuan empat roda.

Semasa polis membuat tangkapan, polis mendapati kenderaan yang disyaki digunakan ketika mencuri ayam mentah itu berada bersebelahan kedai memproses ayam di Guar Chempedak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 30 ekor ayam mentah berada di meja manakala 15 ekor lagi di bonet belakang pacuan empat roda.

“Selain itu, terdapat 355 ekor ayam berada di dalam dua tong ais kuning di kedai sama,” Ketua Polis Daerah Kuala Muda .

Siasatan awal pihak polis mendapati kedua-dua suspek mengaku semua ayam itu dicuri di sebuah pasar di Taman Kempas bersama seorang lagi rakan mereka yang masih bebas dan sedang diburu.

Salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan menceroboh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Video Curi 400 Ekor Ayam Mentah Untuk Dijual Semula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Curi 400 Ekor Ayam Mentah, Jual Semula Pada Orang Ramai - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*