Jual Daging Babi Di Pasar Malam, MBMB Siasat & Ambil Tindakan Tegas

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada penjual daging babi secara terbuka termasuk di pasar-pasar malam sekitar bandaraya ini.

BACA : Daging Babi Untuk Berbuka Puasa, Dihidang Kepada Banduan

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin memberitahu MBM tidak pernah mengeluarkan lesen kepada penjual berasaskan makanan daging babi.

Apabila ditanya mengenai gambar penjual daging babi di pasar malam yang dimuat naik di laman Facebook, Mansor memberitahu penjualan daging babi tidak sepatutnya berlaku secara terbuka, peniaga dan penganjur sepatutnya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Netizen memberi komen berasa kesal dengan kejadian itu dan menganggap tindakan tersebut sebagai tidak menghormati masyarakat beragama Islam dan menuntut agar MBMB mengambil tindakan tegas dan sewarjarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*