“Kau Dah Buka Aib Orang, Malukan Orang…” – Kamal Adli Respon Video Lucah Miripnya Tersebar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sejak bulan lalu, rakaman video panas mirip pelakon Kamal Adli tersebar di Twitter, akhirnya dia memberikan komen mengenai video terbabit.

BACA : Kamal Adli Beri Respon Isu Emma Maembong Peluk Aiman Hakim Ridza

Pelakon dan juga pengacara itu mendedahkan dia sudah pun memaklumkan kepada pihak berkuasa dan meminta ramai supaya berhenti untuk menyebarkan hal yang belum pasti sahih.

“Saya tidak boleh berikan komen lanjut mengenai perkara itu. Minta maaf, benda ni sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mereka menasihatkan saya untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan.” – katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Kamal turut meminta orang ramai supaya berhati-hati di dalam berurusan dengan sesiapa sahaja, bimbang andai perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

“Benda ni sebenarnya haram. Mungkinlah kau tak sedar sekarang, tapi di akhirat sebab kau dah buka aib orang, malukan orang. Saya sendiri pun tidak tahu… Mungkin kepada yang tidak tahu, ada ‘scammer’ macam ni, jadi berhati-hati.” – Kamal Adli

Menurut Kamal, dia masih belum dapat tahu siapa dalangnya dan tujuan sebenar mereka, namun dia mendedahkan mereka yang berbuat demikian boleh mendapatkan duit apabila orang membeli video berkenaan.

Sebelum ini, video rakaman berdurasi lebih 2 minit mirip Kamal Adli dalam keadaan berbaring di atas katil sambil beraksi panas selain turut melihat ke arah kamera.

“Ramai Beli Full Version 35 Minit” – Netizen Dedah Video Lucah Mirip Zul Ariffin Versi Penuh Dijual

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*