Cemas! Kanak-kanak 3 Tahun Masukkan Jari Ke Dalam Lubang Tombol Pintu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara memasukkan ibu jarinya ke dalam lubang tombol pintu rosak mengundang padah apabila ibu jarinya tersangkut dan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya Khamis lalu.

BACA : 16 Kanak-Kanak Jadi ‘Serigala Jadian’ Selepas Makan Ubat Sakit Perut

Dalam kejadian pada 4.04 petang itu, eeramai tujuh anggota bersama dua jentera bomba terpaksa dikejarkan ke hospital terbabit untuk membantu kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu.

“Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke hospital terbabit dan sebaik tiba didapati ibu jari tangan kiri kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu tersangkut pada tombol pintu.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk memotong tombol pintu berkenaan menggunakan mesin ‘grinder’,” – Bomba.

Memetik Harian Metro, berdasarkan keterangan pihak hospital, kanak-kanak itu dikejarkan ke situ untuk menerima rawatan oleh ahli keluarganya selepas mendapati ibu jarinya luka.

Pada mulanya, ahli keluarga mangsa cuba mengeluarkan sendiri ibu jarinya yang tersangkut itu tetapi gagal kerana sudah membengkak sebelum ia luka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*