Kapal Terbang AirAsia Disahkan Hilang

28/12/2014

Sebuah kapal terbang AirAsia Indonesia QZ8501 telah disahkan hilang dari pantauan radar dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada jam 7.24 pagi (waktu Malaysia).

Berita ini juga dimaklumkan juga menerusi laman sosial Twitter AirAsia dan laman sosial Facebook milik AirAsia.

Pihak AirAsia masih meneliti maklumat penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia yang hilang itu yang dipercayai membawa 155 orang penumpang dan anak kapal termasuk bayi.

Sehingga sekarang pesawat tersebut masih belum ditemui dan usaha mencari serta menyelamat masih dijalankan dan salah seorang penumpang kapal terbang AirAsia itu adalah rakyat Malaysia.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: