Kastam Arahkan Telco Hapuskan GST Untuk Kad Prepaid

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas GST dijalankan bermula 1 April 2015, kad prabayar atau prepaid card sudah pasti menjadi masalah kepada semua pengguna telefon bimbit kerana tidak terlepas daripada dikenakan GST untuk setiap nilai tambah kad prabayar sama ada telco Celcom, Maxis, Digi atau U Mobile.

Tetapi semalam satu surat daripada Ketua Pengarah Kastam yang mengarahkan kepada semua pihak telco seperti Celcom, Maxis (Hotlink), Digi dan U Mobile diarahkan untuk mengekalkan harga asal untuk setiap kad prabayar sama ada RM3, RM5, RM10, RM30, RM50, RM60 dan RM100 tanpa GST.

[Baca : Simkad SpeakOut Prepaid Internet 30GB Sebulan]

Arahan ini perlu dilaksanakan oleh pihak telco bermula pada tarikh 1 Mei 2015 dan sekiranya pihak telco gagal mematuhi arahan ini, mereka boleh dikenakan tindakan.

Bagaimana pula dengan telco TuneTalk, Altel, OneXox, XOX, Clixster, TRON, SR1M dan Speakout? Adakah harga untuk prepaid yang tidak dinyatakan di dalam surat masih kekal dengan GST?

Kalau TM Streamyx dan Unifi pun tiada GST juga kan bagus.

TehPanas – Adakah ini gimik semata-mata atau benar? Sama-sama kita tunggu 1 Mei 2015 ini.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*