Kastam Siasat Video Lucah ‘Awek Kastam Terlampau’ Yang Tular Di Media Sosial

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada sembilan rakaman video ‘Awek Kastam Terlampau’ yang melakukan aksi lucah viral di media sosial sejak semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendakwa mereka sedang menyiasat video terbabit.

BACA : Video Pegawai Kastam Wanita Rakam Aksi Ghairah Dalam Tandas Awam Viral Di Media Sosial

Walaupun artikel sebelum ini mendedahkan wanita di dalam video aksi ghairah itu sudah dikenakan hukuman tatatertib iaitu digantung kerja hingga sekarang, namun lain pula cerita yang baharu didedahkan oleh portal akhbar tempatan yang lain.

Video termasuk gambar pegawai kastam berkenaan mula disebarkan melalui aplikasi Whatsapp memaparkan tindakan wanita itu membuka buka pakaian seragam sebelum menyelak pakaian dalamnya dan melakukan aksi lucah dipercayai untuk dikongsi kepada seseorang.

Antara 3 rakaman video lucah pegawai kastam yang viral

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberitahu pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.

“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” – jelas Abdul Halim.

Datuk Paddy Abdul Halim meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan video terbabit demi menjaga dan menutup aib pegawai wanita kastam itu.

Sumber : Harian Metro, MalaysiaKini

Video Pegawai Kastam Wanita Rakam Aksi Ghairah Dalam Tandas Awam Viral Di Media Sosial

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. 'Awek Kastam Terlampau' Bongkar Rahsia, Dakwa Bekas Teman Lelaki Sebar Video Lucah - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*