“Lelaki Kan Boleh Kahwin Empat” – Kazar Buka Mulut Anak Dituduh Skandal Dengan Suami Orang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ira Kazar sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila kali ini didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang sehinggakan menimbulkan spekulasi pergolakan rumah tangga pengarah terbabit.

Sejak beberapa hari perkara ini hangat diperkatakan, akhirnya ayah Ira, Kazar Saisi membuka mulut dan mengakui tidak tahu-menahu mengenai dakwaan itu, Kazar mendakwa dirinya selalu menjadi individu terakhir yang akan mengetahui mengenai apa-apa gosip atau kontroversi mengaitkan anaknya itu.

“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.

“Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita.” – Kazar

Bukan itu saja, Kazar turut mempersoalkan tuduhan curang yang dikaitkan dengan anaknya itu dan memberitahu tuduhan curang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguh pun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya.

“Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat… mana ada istilah curang?

“Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang.

“Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah…” – Kazar.

Menurut laporan mStar, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk.

Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghairahkan dan gambar Ira Kazar mencium pipi seorang lelaki tersebar juga pernah mencetuskan kontroversi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. “Lelaki Kan Boleh Kahwin Empat” – Kazar Buka Mulut Anak Dituduh Skandal Dengan Suami Orang - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*