Kecoh Isteri Polis Diculik Bangla, Suami Mangsa Rileks Jer Main Badminton!

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kecoh satu Malaysia apabila gambar seorang wanita mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki warga Bangladesh semasa melakukan penghantaran barang kepada pelanggan viral di laman sosial Facebook.

Namun, hakikatnya ini semua idea pasangan suami isteri yang membuat laporan palsu mendakwa diculik warga asing untuk lari daripada hutang!

Wanita tersebut dipercayai isteri kepada seorang anggota polis berbuat demikian kerana dibebani hutang pinjaman bernilai RM22,000.

Walaubagaimanapun temberang pasangan suami isteri itu kantoi apabila beberapa orang netizen tampil menjelaskan bahawa kes itu hanyalah rekaan mereka berdua.

Seorang wanita menjelaskan pasangan suami isteri tersebut merupakan kaki penipu dan si suami yang bernama Nizam dilihat sempat bermain badminton tanpa menunjukkan sebarang tanda isterinya, Zila sudah diculik.

Untuk pengetahuan, kes ini sudah pun menjadi kes tipu dan dalam siasatan pihak polis dan ada cerita di sebalik cerita yang sebenar. Cerita apa pulak? Tungguuuu….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Wanita Tipu Diculik Bangla Direman Empat Hari, Suami Tidak Terlibat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*