Mahukan Keadilan, Keluarga Mahu Saman Polis Tembak Anaknya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan kes seorang remaja yang cedera akibat terkena tembakan oleh anggota polis trafik semasa mengejar di Jalan Langgar berhampiran Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, keluarga remaja terbabit bersedia untuk memfailkan saman.

BACA : Enggan Berhentikan Motosikal, Remaja Cedera Ditembak Polis

Hashimah Mahmood, ibu kepada Mohamad Alif Aiman Anuar memberitahu bahawa ahli keluarga sedang berbincang untuk memfailkan saman, tetapi buat masa sekarang masih memberi tumpuan kepada anak saya agar sihat terlebih dahulu.

Hashimah berharap anggota polis trafik yang menembak anaknya disiasat secara telus dan mahukan keadilan untuk anaknya.

Menurut Hashimah, anaknya masih terlantar dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas menjalani pembedahan mengeluarkan peluru semalam.

“Alif kini kelihatan stabil namun mengadu sakit di bahagian tangannya yang turut bengkak, sekarang dia perlu dijaga rapi dan tidak boleh terkena jangkitan kuman yang boleh menyebabkan risiko lain pula.

“Walaupun tembakan itu mengenai lengan kiri, namun banyak saraf tangan Alif sudah rosak termasuk satu urat nadi terputus selain tulang pada bahagian terkena tembakan hancur,” – Hashimah Mahmood.

Dia juga sangat menaruh harapan tinggi kepada Alif agar cepat sembuh dan dapat berkerja seperti sedia kala untuk membantu keluarganya.

“Saya tetap memberi semangat kepada Alif dan walaupun risiko untuknya (cacat) sangat tinggi, saya tak mahu sebut perkataan itu, biar cik (wartawan) saja yang tulis, perkataan itu jika saya sebut akan jadi seperti doa, saya sangat sayangkan Alif kerana dia seorang anak yang baik,” – Hashimah Mahmood.

Menurut Harian Metro, Hashimah mengulas mengenai siasatan polis yang mengatakan anggota terbabit dihimpit sehingga memaksa tembakan dilepaskan, Hashimah memberitahu Alif dan rakannya tidak membuat sedemikian, malah tidak bertindak melawan atau menendang motosikal polis itu atau mengeluarkan apa-apa barang dalam beg yang dibawa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*