Kenapa Durian Tiada Duri Ini Sangat Popular Di Thailand?

19/06/2017

Jika disebut buah durian, sudah pasti terbayang sebiji buah yang berduri tajam dan besar tetapi berbeza dengan buah durian di negara Thailand ini yang tidak berduri.

Memang nampak unik sehinggakan gambar durian tidak berduri ini viral di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang pelanggan yang membeli durian tanpa duri ini.

Sebenarnya duri durian ini telah pun dibuang oleh penjual buah durian yang dikenali sebagai Siwakapon Rattanarungrueng di Por Pala-U Farm di Hua hin, Thailand sejak lima tahun lepas di ladang durian miliknya itu.

“Pelanggan-pelanggan yang datang ke sini untuk membeli durian sentiasa mengalami kesukaran untuk membawa balik durian kerana durinya yang tajam,” – Siwakapon Rattanarungrueng.

Siwakapon akan membuang duri durian menggunakan pisau dan mengambil masa selama lima minit bagi membuang duri sebiji durian dengan harga yang sama dalam pasaran.

Ada sesetengah netizen menganggap membuang duri durian tersebut menghilangkan identiti buah durian dan ada yang mengatakan cara sedemikian menyelesaikan masalah memegang buah durian.

Kami rasa peniaga buah durian di Malaysia boleh mengikut kaedah membuang duri ini dan mungkin rezeki anda perniagaan anda akan viral dan laris!


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post: