“Kenapa Salahkan Artis Jual Flavour Vape? Ibu Bapa Harus Pantau Anak-anak” – Shuib Sepahtu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seringkali dipersalahkan kerana menjual flavour vape, akhirnya pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu menyuarakan pendapatnya mengenai golongan selebriti menjadi mangsa kecaman oleh sesetengah pihak.

BACA : “Saya Setuju Jika Mamat Dikembalikan” – Shuib Tidak Kisah Mamat Sertai Sepahtu Semula

Shuib tampil menjelaskan mengenai isu budaya menghisap rokok menggunakan e-rokok atau vape semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

“Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

“Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas,” kata Shuib kepada mStar.

Shuib merupakan salah seorang duta cecair perisa rokok elektronik sebuah jenama dan sering mengiklankan produk tersebut melalui media sosial Instagram dan Youtube Channel miliknya.

Selain Shuib, pelawak Zizan juga salah seorang selebriti yang mempunyai produk ataupun duta salah satu jenama flavour vape yang sering dilihat di media sosial.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Dah Mula Leka..." - Shuib Ditipu Pekerja, Bisnes Madu Rugi Jutaan Ringgit - TEHPANAS
  2. “Saya Dah Mula Leka…” – Shuib Ditipu Pekerja, Bisnes Madu Rugi Jutaan Ringgit - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*