“Kenapa Saman Saya, Kenapa Tak Saman Pihak Penganjur?” – Fasha Sandha

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan Fasha Sandha yang mendakwa dirinya dihalau oleh Nora Danish dalam satu majlis pertunjukan jenama, Nora Danish telah pun memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha.

BACA : Nora Danish engang Dituduh Halau Fasha Sandha Dari Majlis

Walaupun tidak berada di Malaysia dan sedang bercuti di luar negara bersama dua orang anaknya, Fasha Sandha sempat memberi respon kenyataan balas tindakan saman oleh Nora Danish itu.

“Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak pihak penganjur pertunjukan jenama awak itu, yang telah menyebarkan perkara itu pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak menghalang kedatangan saya dan akan tarik diri jika saya hadir”

“Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu? Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini,” jelas Fasha Sandha dalam Instagram.

Nampaknya, isu kena halau ini akan berlarutan dan mengikut apa yang Fasha jelaskan, beliau juga akan mengambil tindakan susulan terhadap Nora Danish.

Penganjur Fenomena Aidilfitri 2017 Mengaku Kelalaian Pihak Mereka

Penganjur acara Fenomena Aidilfitri 2017 akhirnya tampil memberikan kenyataan atas isu yang melanda antara Nora Danish dan Fasha Sandha itu.

“Kejadian yang berlaku tiada kena mengena dengan Nora Danish atau Fasha Sandha dan ia sebenarnya atas kelalaian daripada pihak saya.

“Pada malam tersebut tiada sebarang kejadian melibatkan tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau dan ia merupakan satu salah faham.

“Jadi, saya mengambil sepenuh tanggungjawab atas perkara yang terjadi dan akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

“Saya memohon agar netizen dan peminat menghentikan spekulasi dan tidak terus menyebarkan fitnah,” – Penganjur.

Pihak penganjur juga akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas isu tersebut dan mengaku semuanya disebabkan atas kelalaian daripada pihak penganjur.

ArtisBuzz – Ehem! Semalam cakap lain, hari ni cakap lain penganjur ni. Hehehe… Nur Sajat pun kena tempias… Ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*