Kepala Wanita Dipenggal & Otak Dimakan Dengan Nasi Kerana Cakap English

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki memenggal kepala seorang wanita dan makan otaknya dengan nasi ditahan polis di wilayah Misamis Oriental, Filipina.

BACA : Bertahun Jadi Mangsa Dera, Isteri Penggal Kepala & Potong Kemaluan Suami

Menurut Ketua Polis Talisayan, Maribeth Ramoga memberitahu Lloyd Bagtong, berusia 21 tahun merupakan suspek utama dalam pembunuhan seorang wanita tidak dikenali.

Mayat wanita separuh bogel tanpa kepala dan kedua-dua tangannya diikat itu ditemui kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta.

Menurut portal Daily Tribune, Bagtong melihat mangsa berhampiran sebuah tanah perkuburan dan memukul kepala wanita itu dengan objek logam sebelum memenggalnya menggunakan ‘sanggot’, alat seperti sabit.

“Senjata tersebut ditemui terselit di pinggang suspek. Suspek juga makan otak mangsa bersama nasi yang dimasak. Dia kemudiannya membuang tengkorak mangsa ke sebuah lubang tidak jauh dari rumahnya,” – Ramoga.

Ramoga menjelaskan, Bagtong mungkin mengalami masalah mental berdasarkan kenyataan daripada saksi yang mengenalinya dan memberitahu melihat suspek dan mangsa bersama sebelum kejadian.

“Suspek berkata mangsa dibunuh kerana bercakap dalam bahasa Inggeris. Perkara itu mungkin menjengkelkannya,” – Ramoga.

Bagtong kini berada dalam tahanan polis dan menunggu kes pembunuhan difailkan terhadapnya, manakala identiti mangsa juga masih dalam siasatan.

Bertahun Jadi Mangsa Dera, Isteri Penggal Kepala & Potong Kemaluan Suami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*