Kereta Halang Jalan, Iqram Dinzly Dikecam ‘Kereta Besar Otak Kecik’

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Beberapa hari lepas viral di laman sosial Facebook mengenai gambar kereta Honda CRV menghalang laluan (jalan) utama di pusat peranginan Langkawi, Kedah dan ramai yang memberi reaksi masing-masing.

Ingatkan siapalah tuan punya kereta Honda CRV yang berwarna putih yang kene kecam tu, rupa-rupanya pemilik Iqram Dinzly.

Semasa kereta Iqram menghalang jalan tersebut, sekeping nota tertulis ‘Kereta Besar Otak Kecik’ diselitkan di hadapan cermin pemandu, seterusnya Iqram memuat naik sekeping gambar beserta nota tersebut di laman sosial Instagram.

Gambar bersama kapsyen ditulis oleh Iqram di dalam Instagram;

“Bersyukor otak kecik namun jiwa besar iaitu sabar. Berbanding hati tersasar, niat beredar. Maaf sekiranya terkasar. #langkawiman ☺🙌🏻 Secara jujornya saya ingin ber terima kaseh kepada sang penulis yang kreatif ini dengan meletakkannya selepas menyentuh hak peribadi orang lain tanpa izin dan seterusnya memberikan inspirasi kpd saya. Keep it up a good work!”

Mungkin Iqram ingat ramai yang akan memihak tindakannya, namun kebanyakan netizen dan juga peminatnya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Iqram yang seolah-olah tidak boleh ditegur sedangkan dia sendiri yang melakukan kesalahan dalam kes ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Selepas Kena Kritik Teruk Isu Parking, Iqram Dinzly Mengalah & Minta Maaf
  2. “Salah Ke Saya Pakai Serban Ke Kelab Malam?” – Iqram Dinzly
  3. "Salah Ke Saya Pakai Serban Ke Kelab Malam?" - Iqram Dinzly - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*