Kertas PT3 Matematik, Bahasa Inggeris dan Geografi Bocor di Media Sosial, Pelajar Buat Group Telegram Untuk Berbincang Jawapan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan, kertas ujian bocor adalah satu yang dinanti-nantikan sebelum menjawab kertas ujian.

Dan inilah yang terjadi untuk kertas ujian (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 2019 yang didakwa bocor dan viral di media sosial oleh orang yang tidak bermoral.

Menurut portal Sin Chew Daily dan The Star, kertas ujian PT3 Matematik, Bahasa Inggeris, dan Geografi untuk ujian PT3 2019 telah dibocorkan secara keseluruhan oleh sebilangan cikgu sendiri. Biar betul?

Maka, pelajar-pelajar PT3 yang merasakan peluang keemasan itu harus digapai, mereka membuat satu group di Telegram untuk berkongsi soalan dan jawapan kertas ujian PT3 yang bocor itu.

Salah seorang pelajar mengatakan dia terkejut apabila rakannya berkongsi kertas soalan PT3 2019 yang bocor itu di Telegram yang 100% sama dengan kertas soalan PT3 yang asal.

Salah seorang staff The Star menyertai group Telegram terbabit mendedahkan seramai lebih 2,782 orang ahli dalam group tersebut dikendalikan oleh admin yang menggunakan nama Sang Anti Bot.

Susulan dengan isu terbabit, National Union of the Teaching Profession (NUTP) mendesak kerajaan untuk membuat siasatan menyeluruh terhadap kebocoran ke atas kertas ujian PT3 2019 itu.

Dalam pada itu, kenyataan yang viral di media sosial mendakwa peperiksaan kertas PT3 Bahasa Inggeris yang dikatakan ditunda pada satu tarikh yang akan dinyatakan adalah tidak benar kerana ujian tetap berlangsung dengan jadual asal.

Sumber : World Of Buzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*