Kes Bunuh Altantuya Akan Didedahkan Oleh Sirul Kepada Media Asing

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Suspek utama pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar mendakwa dirinya akan mendedahkan cerita sebenar kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh Altantuya pada pihak media Australia yang kini telah memohon sesi wawancara ‘terus terang’.

Sirul sendiri mengaku telah bersedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara bersama media Australia itu menjadi kenyataan.

Selain media Australia, sehingga kini beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul untuk wawancara pendedahan cerita sebenar pembunuhan Altantuya.

Sirul kini sedang ditahan oleh pihak imigresen Australia di Sydney juga memberitahu dia tidak kenal dengan mangsa pembunuhan dan Abdul Razak Baginda, beliaujuga memberitahu pembunuhan Antaltuya adalah satu arahan yang diterima olehnya.

Sebelum ini dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, bekas anggota polis itu turut mendakwa dirinya telah dijadikan sebagai kambing hitam untuk melindungi seseorang.

Mengikut keputuasan Mahkamah Persekutuan bulan lepas, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati apabila didapati bersalah dalam kes bunuh Altantuya tetapi Sirul ketika itu masih ditahan di Sydney, Australia.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Sirul Dedah Siapa Arah Bunuh Altantuya, Dengan Syarat…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*