Kes Gadis Lawan Arus : Tidak Bersalah Atas Tuduhan Guna Dadah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Masih ingat dengan kes seorang gadis yang memandu kereta Proton Persona melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan dekat Permatang Pauh pada 14 Mac lalu?

BACA : Kronologi Kes Cindy Ng Lawan Arus Langgar Lelaki Sampai Mati

Sebelum ini gadis yang berusia 19 tahun dikenali sebagai Ng Pei Ven atau Cindy Ng didakwa di bawah pengaruh dadah dan memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kematian tetapi apa yang mengejutkan, Majistret Bukit Mertajam hari ini melepas dan membebaskan Cindy Ng atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan ketika memandu.

Alahai… Pada mula kena saringan awal air kencing dah sah-sah positif dadah jenis amphetamine, entah macam mana hari ni majistret mendapati ujian saringan air kencing tertuduh negatif pula.

Tetapi, pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian, masih dituduh dan mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*