Kes Lelaki Pukul Bini & Mertua, Netizen Mahu Halau Issey Keluar Dari Malaysia

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini, rakyat Malaysia heboh dengan rakamann video seorang lelaki memukul isterinya dan warga emas yang dipercayai mertuanya tular di media sosial.

LIHAT : (Video) DJ HotFM Buat Buta Mempersendakan Fina Mentor Milenia Di Studio

Namun, gara-gara memiliki wajah seakan serupa dengan suspek terbabit, pelakon dan penyampai radio Issey Fazlisham menjadi mangsa diserang oleh netizen di laman sosial Instagram miliknya.

Tidak cepat melatah, menerusi Instagram, Issey tampil menjelaskan kekeliruan netizen dan menyatakan foto yang tular di media sosial tersebut bukan dirinya.

“Tolonglah. Ini bukan saya gais. Ramainyalah orang tag, saya tak ada kena mengena dalam hal rumah tangga beliau,” – jelas Issey di Instagram.

Tetapi, posting terbabit tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar apabila masih ada netizen yang memberi kecaman dan mengajak untuk memboikot Issey dari dunia hiburan, malah mahu menghalau Issey supaya keluar dari Malaysia.

“Kau ni Issey memang jahanam! Lepas ni jom kita boikot dia jangan suruh berlakon lagi dan halau dari Malaysia,” – komen netizen di media sosial Facebook.

Ternyata Issey terpaksa sekali lagi cuba untuk menjernihkan keadaan dengan memuat naik screenshot komen terbabit dan menjelaskan keadaan sebenar.

“Ya Allah dia tak habis lagi gais. Yang pukul bini dengan mertua tu orang lain. Bukan aku.

“Jangan maki aku gais. Siap nak halau Malaysia lagi,” – jelas Issey sekali lagi.

Dalam pada itu, rakan artis yang lain dan netizen terhibur dengan perkongsian Issey di Instagram itu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*