Ditetak Jiran Mental, Ketua Polis Daerah Besut Putus Jari Tangan & Cedera Di Kepala

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi putus ibu jari kanan dan cedera di kepala selepas ditetak parang panjang oleh seorang lelaki berusia 32 tahun di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu, hari ini.

BACA : Berang Disuruh Mencari Kerja, Remaja Perempuan Tetak Ibu Kandung Sendiri

Kejadian jam 12.50 tengah hari menyebabkan mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian bagi menyambung kembali ibu jarinya.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail, sebelum kejadian mangsa berusia 55 tahun baru tiba ke rumahnya untuk menukar pakaian sebelum didatangi suspek yang merupakan jirannya menetap kira-kira 50 meter dari rumahnya dengan menaiki Perodua Kembara.

Aidi menjelaskan suspek mengadu tidak berpuas hati kerana mendakwa mangsa menanam pokok didakwa dalam kawasan rumahnya, namun mangsa tidak melayannya, malah menyuruh jirannya yang didakwa mental itu pulang.

“Mangsa menyuruh suspek pulang tetapi sebaliknya lelaki itu mengambil parang panjang sebelum mengejar mangsa.

“Mangsa yang melarikan diri ditetak di kepala hingga terjatuh sebelum bergelut dengan suspek.

“Suspek kemudian melibas parang lalu terkena jari kanan mangsa menyebabkannya putus.” – jelas Datuk Aidi Ismail kepada Harian Metro.

Selepas mencederakan mangsa, suspek melarikan diri dan hasil siasatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, akhirnya suspek berjaya ditahan di FELDA Selasih jam 4.15 petang tadi.

Aidi turut memberitahu punca suspek bertindak sedemikian mungkin tidak berpuas hati dengan layanan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

1 Trackback / Pingback

  1. Masak Mi Segera, Wanita Ini Terima Aduan 'Bau Masakan' Yang Mengganggu Jiran Tetangga - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*