Kisah Sebenar 4 Beradik Ditinggalkan Bersama RM70

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Heboh pada Sabtu lalu mengenai berita 4 beradik yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka bersama wang RM70 dan berkeliaran di bandar Sibu Jaya, Sarawak telah mendapat perhatian umum.

Rupa-rupanya, 4 beradik yang berbangsa Iban ini sebenarnya adalah anak angkat kepada seorang wanita yang berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal tak jauh dari kawasan 4 beradik dijumpai.

Mak angkat mereka telah pun membuat laporan mengenai kehilangan 4 anak angkatnya selang sehari selepas mendapati keempat-empat anak angkatnya tiada di rumah.

Memang 4 beradik tu ditinggalkan di rumah tanpa penjaga, namun kelengkapan seperti makanan telah disediakan serta pintu jeriji telah dikuncikan.

Apabila wanita tersebut balik ke rumah dapati keempat-empat anak angkatnya tiada di rumah dan kunci mangga jeriji telah dipecahkan. Hebat juga ya budak-budak tu boleh pecahkan mangga dan mempunyai wang saku RM70 ye? Mungkin duit tabung kot?

Tetapi pihak berkuasa tidak menerima laporan wanita ini bulat-bulat kerana siasatan terperinci masih dijalankan dan kesemua mereka masih dibawah pengawasan pihak Hospital Sibu dan yang paling penting kes ini telah pun dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*