Bapa Dedah Kisah Sebenar Video Seram Imej Anak Dalam Cermin

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kecoh semalam di laman sosial apabila video seorang bayi di hadapan cermin menyaksikan pantulan imejnya tidak bergerak apabila dia memalingkan wajah ke arah belakang dan matanya tiba-tiba bertukar menjadi hitam penuh.

BACA : “Aku Dah Duduk 17 Juta Tahun Di Hutan Itu!” – Nenek Kebayan Berjaya Ditangkap

Video yang kononnya dirakam oleh ibu bayi berkenaan membuatkan dia berada dalam keadaan panik apabila melihat sesuatu yang ganjil dan memanggil suaminya untuk mengalihkan anak mereka di hadapan cermin itu.

Video yang dimuat naik oleh pemilik Facebook, Nasrullah Napi bersama caption, “Jangan bagi anak main cermin malam-malam. Kalau tak inilah jadinya,” itu mengundang tanda tanya netizen dan tidak kurang yang memberi kecaman dan mendakwa video itu adalah palsu dan seperti disunting menggunakan sesuatu perisian.

Ya! Memang video itu palsu dan hasil suntingan daripada perisian Adobe After Effects dan ini diakui sendiri oleh bapa kepada bayi di dalam video tersebut dengan tujuan video itu sekadar suka-suka selain ia sebagai teknik pemasaran syarikatnya yang menawarkan perkhidmatan penerbitan video.

“Jujurnya video itu saya hasilkan sebagai salah satu teknik pemasaran tentang kesan teknik khas tetapi tak sangka pula ia boleh tular.

“Saya ingin memohon maaf kepada yang percaya tetapi memang ada kemungkinan perkara seperti itu akan berlaku.” – Nasrullah Napi

Dalam pada itu, Nasrullah agak terkilan dengan netizen kerana kecaman mendakwa dia mempergunakan anaknya untuk meraih perhatian orang ramai.

Video ‘hantu’ bayi dalam cermin

Seram weiii… hitam penuh mata budak tu 😰Kredit : Nasrullah Napi⚡️Info pantas, join telegram 🔥 https://t.me/blogtehpanas

Posted by TEHPANAS on Sunday, 28 April 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*