Kisah To’ki Daif Viral Di Facebook, DJ Dave Sedang Jejaki To’ki

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas kisah terbaru penyanyi era 90-an, To’ki yang dalam kesusahan dan nampak daif menjadi viral di laman Facebook baru-baru ini, presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave sedang giat menjejaki To’ki.

BACA : DJ Dave Bantu Ben Nathan Buat Konsert

DJ Dave menjelaskan kepada mStar Online yang pihaknya sedang berusaha untuk mencari dan berhubung dengan To’ki atau Mohd Zaki Mansur untuk mengetahui masalah sebenar penyanyi itu dan menghulurkan bantuan.

“Ya, baru pagi tadi saya menyuruh pihak saya menjejaki To’ki dan pihak Yayasan Artis 1 Malaysia bersedia membantu beliau secepat mungkin,” – DJ Dave.

Sebelum ini kisah kesusahan To’ki menjadi viral di Facebook apabila gambar seorang peminat bertemu dengan To’ki yang dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak yang tidak dinyakatakan lokasinya.

1 Trackback / Pingback

  1. To'ki Cedera Parah Diserang Tiga Lelaki Guna Pisau - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*