Kubur Pelajar Tahfiz Thaqif Amin Digali Semula, Untuk Dapatkan Sampel

19/05/2017

Kubur jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia bulan lalu terpaksa digali semula tengah hari tadi oleh pihak hospital.

BACA : Pelajar Tahfiz Dipotong Kaki Meninggal Dunia Jadi Kes Bunuh

Tujuan pihak hospital menggali semula kubur Thaqif Amin untuk mengambil sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah dan disaksikan oleh bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai petang semalam.

Bukan hanya datuk dan bapa saudara Allahyarham sahaja menjadi saksi, malah dari mahkamah, Jabatan Agama Islam dan banyak lagi jabatab-jabatan lain turut menjadi saksi.

Bapa saudara Allahyarham menjelaskan pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: